Buletin Warga JMM Sabah

Weather, climate and the air we breathe

13 April 2009: MAXIMUS DAN FADILLAH KEKAL MENERAJUI MOSTI

13 April 2009: MAXIMUS DAN FADILLAH KEKAL MENERAJUI MOSTI

PUTRJAYA, Isnin – 13 April 2009 :- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Y.B. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili dan Timbalan Menterinya, Y.B. Tuan Haji Fadillah Bin Haji Yusuf kekal menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Demikian pengumuman yang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, pada 09 April 2009 jam 3.30 petang. Berita ini telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh warga MOSTI yang menyaksikan siaran langsung di kaca televisyen pada petang yang bersejarah itu.

Bagi pihak semua warga MOSTI, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Abdul Hanan Alang Endut, merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas serta mengalu-alukan Y.B. Menteri dan Y.B. Timbalan Menteri kembali bertugas di MOSTI.

Warga MOSTI berikrar untuk sentiasa taat setia di bawah pucuk pimpinan kedua-dua Yang Berhormat. Warga MOSTI juga berjanji akan terus melaksanakan tugas dengan penuh tekun dan dedikasi demi menjayakan visi dan misi MOSTI, terutamanya dalam menjuarai penerokaan saintifik dan menganjak inovasi ke arah menjana ilmu pengetahuan, mencipta kekayaan dan menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Source: UKK

Advertisement

15/04/2009 - Posted by | Menteri MOSTI | , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.